ISU WACANA
Profesor Naffi Mat telah menulis satu isu yang berkaitan dengan wacana
iaitu keterampilan berbahasa melalui pendekatan wacana. Beliau menyatakan
kepentingan mempelajari bahasa tanpa mengira fungsi bahasa tidak dapat
dinafikan. Pendekatan pengajaran bahasa yang semakin berkembang menyebabkan
pertelingkahan pendapat antara golongan yang menggunakan linguistik dan wacana.
Isu ini turut memperkatakan tentang kesukaran mempelajari bahasa walaupun
diajar oleh guru bahasa yang terlatih. Tarigan berpendapat bahawa objektif
pengajaran guru bahasa ialah pelajar mampu berbahasa dengan sebaiknya. Oleh
itu, pendekatan baharu dalam pengajaran bahasa wujud iaitu pendekatan wacana.
Pendekatan wacana tidak meminggirkan pendekatan linguistik yang menekankan
aspek-aspek bahasa yang tertentu.
Setiap perkara semestinya mempunyai asal-usulnya yang tersendiri. Begitu
juga dengan perkataan wacana yang berasal daripada perkataan Latin iaitu
discursus. Dalam erti kata yang luas ialah ujaran yang mempunyai kesinambungan.
Wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi sama ada bentuk
penulisan atau pertuturan yang menunjukkan kesinambungan fikiran termasuk
rujukan kepada komunikasi dalam konteks. Kesatuan bahasa yang lengkap dalam
pertuturan melibatkan penutur dan penulis manakala penulisan membabitkan
hubungan antara penulis dan pembaca. Wacana ditunjukkan dalam bentuk karangan
yang utuh seperti novel, ensiklopedia, buku dan sebagainya.
Matlamat pendidikan bahasa di sekolah mengikut jenis kemahiran sama ada
bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Seseorang pelajar dianggap mempunyai
kemahiran berbahasa apabila dapat menggunakan bahasa yang baik dengan
tatabahasa yang betul.
Pendekatan wacana dalam bahasa bukan sahaja bergantung kepada ayat-ayat
yang gramatis malah mempunyai perkaitan antara ayat-ayat lain untuk membentuk
mesej yang berkesan. Keutuhan wacana dapat dilihat melalui hubungan dalam
pelbagai aspek sama ada fonologi, tatabahasa semantik dan leksikal.
Asmah Haji Omar menyatakan pengajaran bahasa yang menggunakan pendekatan
wacana juga mengambil kira aspek sosiolinguistik. Penggunaan bahasa dengan kosa
kata hendaklah sesuai. Secara tidak langsung, pelajar atau guru yang terlibat
dalam pendekatan wacana dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain . Selain itu, judul turut
berperanan semasa melakukan pendekatan wacana.Judul sesuatu wacana mempunyai
pelbagai bentuk dan bergantung pada tempat yang menjadi latar pewujudannya.
Pengajaran bahasa untuk berkomunikasi dan keseimbangannya ditekankan pada
peraturan nahu dan ikatan syarat wacana.
BIBLIOGRAFI
Naffi Mat (2006). Keterampilan
Berbahasa Melalui Pendekatan Wacana.
Dewan Bahasa. 46-49.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza
Jamaluddin, Abu Hassan Abdul dan Adenan Ayob (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjung Malim: Emeritus Publications.
No comments:
Post a Comment