Aspek kajian wacana yang dikaji ialah berkaitan ciri wacana iaitu tautan :
PENGENALAN
PENGENALAN
Kohesi
atau tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan
satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana
yang lengkap. Tautan dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu tautan perulangan,
tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan terbahagi pula
kepada tujuh jenis iaitu tautan perulangan
rujukan, tautan perulangan penggantian, tautan perulangan elipsis, tautan
perulangan leksikal, tautan perulangan parafrasa, tautan perulangan paralelisme
serta tautan perulangan struktur dan makna sama. Manakala tautan kolokasi
terbahagi kepada empat jenis iaitu
tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi kohiponiman, tautan kolokasi hasil
dan tautan kolokasi sifat. Tautan penghubung ayat pula dibahagikan kepada lima
iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat pertentangan, penghubung ayat
sebab-musabab, penghubung ayat masa atau waktu dan penghubung ayat terusan.
Kajian yang
dibuat adalah terhadap program temu bual bersama Prof. Dr. Muhaya Muhammad
bertajuk “Erti Kehidupan” yang berdurasi selama 40 minit. Aspek yang dikaji
adalah berkaitan dengan konsep dan ciri-ciri atau jenis-jenis tautan yang
terdapat dalam temu bual tersebut.
KONSEP
WACANA
Perkataan
wacana berasal daripada kosa kata Jawa iaitu wocono. ‘Wocono’ terdiri daripada
‘woco’ yang bermaksud baca. Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan
wacana daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘discourse’ yang asalnya
daripada Latin iaitu ‘discursus’ yang bermakna ‘larian ke dan lari’.
Pengkaji-pengkaji
Bahasa menganalisis wacana kerana penggunaan wacana sangat penting dalam
kehidupan manusia. Wacana merupakan sebuah konsep yang meliputi semua aspek
komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa , wacana bukan sahaja merupakan
komunikasi bertulis yang membabitkan penulis dengan pembaca malah komunikasi
lisan antara penutur dan pendengar. Wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap
dan paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang menunjukkan kesinambungan
fikiran sama ada aspek komunikasi dan
konteks.
Menurut
Henry Tarigan (1987) dalam buku Monograf Bahasa Melayu, takrifan wacana ialah
unit atau saluran linguistic yang tertinggi, terlengkap, terbesar dari segi
skalanya, supra ayat, tersusun rapi dengan koherensi dan kohesi tinggi yang
berkesinambungan awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan dan
bertulis.
Asmah Haji Omar (1980:11) menggambarkan
wacana adalah sebagai unit Bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri dan sebagainya.
Ini menujukkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan
perkembangan akaliah yang terdapat di dalamnya. Asmah Haji Omar sangat
menitikberatkan kesatuan pemikiran dalam
sesuatu ujaran sesebuah wacana.
Rumusannya,
wacana ialah unit tatabahasa yang lengkap dan tertinggi serta melangkaui batas
ayat yang melibatkan komunikasi pertuturan mahupun penulisan.
KONSEP TAUTAN
Mohd Rashid Md. Idris et al. (2012: 66) dalam Tatabahasa Wacana
menyatakan tautan sebagai keserasian hubungan antara satu unsur linguistik
dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan
wacana yang lengkap. Tambahnya lagi, tautan juga bererti kesepaduan dalam
penulisan. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan
sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.Selain itu, tautan
juga merupakan wadah ayat yang disusun secara padu dan padat atau dikenali juga
sebagai organisasi sintaktik. Hal ini bererti kohesi merupakan hubungan di
antara ayat dalam sebuah wacana yang tidak kira sama ada dari segi strata
gramatikal mahupun strata leksikal.
Musmira Sa’ad
(1995) dalam artikelnya bertajuk “Analisis Tautan Dalam Cerpen Kasih Datuk:
Suatu Tinjauan Awal” menggunakan pendekatan Halliday dan Hasan dalam kajian
yang dilakukannya. Kajian tersebut dijalankan bagi mengenal pasti jenis unsur
tautan yang wujud dalam wacana tersebut.
Seterusnya, bagi
menguji lagi mengenai tautan (kohesi) ini pelbagai kajian lain turut
dilaksanakan. Antaranya, pada tahun 2000 Abdul Jalil Othman dalam artikelnya
bertajuk “Kajian Pertautan Ayat dalam Penulisan Karangan: Suatu Pengenalan”.
Kajiannya memperlihatkan pelajar tidak berjaya menghasilkan penulisan yang baik
dan berkualiti dari segi pertautannya. Bukan itu sahaja, melalui kajian ini
juga diliihat berkaitan kesan teknik menggabungkan ayat dalam tautan karangan
pelajar. Sama seperti kajian Musmira Sa’ad, kajian ini turut menggunakan model
Halliday dan Hasan sebagai panduan menganalisis pencapaian kohesi dalam
karangan pelajar dengan sedikit penyesuaian untuk menyesuaikan dengan
tatabahasa Melayu.
Tautan dikatakan
juga sebagai pengantara kepada gagasan idea. Gagasan idea disini bermaksud
bagaimana suatu idea atau fikiran itu dikaitkan dalam sesebuah cerita mahupun
peristiwa untuk membentuk sebuah teks. Cerita serta peristiwa yang hendak
disampaikan ini mempunyai maknanya. Hal ini bererti, sesuatu cerita dan
peristiwa yang ingin disampaikan mempunyai hubungkait yang jelas di antara
pemberi (penutur/ pengarang) dengan penerima (pendengar/pembaca).
Selain itu, Mohd Rashid Md. Idris (2007: 74) menyatakan bahawa tautan merupakan konsep hubungan antara dua
unsur linguistik iaitu sama ada secara struktural atau semantik. Unsur tersebut
perlulah berada dalam unit teks yang berlainan. Tautan membicarakan tentang
komponen permukaan teks sama ada secara lisan atau tulisan secara berurutan
,(Beaugrande dan Dressler, 1981: 3).
Menurut Sanat Md. Nasir (1998: 27), konsep yang dinyatakan tersebut
dimaksudkan sebagai hubungan makna yang mengikat sesuatu ayat dengan ayat lain
sehingga wujud sebuah teks atau wacana. Oleh itu, tautan merujuk kepada ayat
yang membentuk wacana yang tidak berdiri sendiri dari segi struktur tetapi saling bergantung atau mempunyai
hubungan untuk membentuk kesatuan struktur.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut
Sanad Md. Nasir, konsep tautan merupakan fungsi tautan dapat dirumuskan sebagai
satu ikatan yang bermakna. Konsep tautan ini
merujuk kepada hubungan unsur linguistik di dalam sesuatu teks, sama ada di
peringkat dalam ayat atau antara ayat, dan hubungan ini boleh sahaja bersifat
formal atau semantik dengan fungsinya.
Terdapat
banyak model atau teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh bahasa dalam bidang
wacana berkaitan tautan. Tetapi kajian ini lebih berfokuskan kepada Model
Tautan Pindaan (MTP) oleh Sanad Md. Nasir. Model Tautan Pindaan Sanad Md. Nasir
(2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud pada asalnya ialah Model
Halliday dan Hasan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula, tambahan
dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistemik (Systemic
theory).
Tautan
menurut Model Tautan Pindaan terbahagi kepada tiga jenis tautan yang utama
iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat.
Permbahagian ini dikelaskan berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks.
Tautan pertama iaitu tautan perulangan menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur
linguistik yang berulang, atau dari segi makna unsur itu yang berulang, atau
kedua-duanya sekali. Tautan perulangan ini terbahagi pula kepada tujuh jenis
iaitu tautan perulangan rujukan, tautan perulangan penggantian, tautan
perulangan elipsis, tautan perulangan leksikal, tautan perulangan parafrasa,
tautan perulangan paralelisme serta tautan perulangan struktur dan makna sama.
Tautan yang
kedua pula ialah tautan kolokasi yang dijeniskan lagi kepada empat jenis iaitu
tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi kohiponiman, tautan kolokasi hasil
dan tautan kolokasi sifat. Tautan utama yang ketiga pula ialah tautan
penghubung ayat yang dilakukan dengan melihat fungsi unsur linguistik itu.
Tautan penghubung ayat ini berfungsi menghubungkan antara unsur linguistik
iaitu unit teks sebelum dengan yang selepasnya. Tautan penghubung ayat dapat
dibahagikan kepada lima jenis iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat
pertentangan, penghubung ayat sebab-musabab, penghubung ayat masa atau waktu
dan penghubung ayat terusan.
MODEL
TAUTAN PINDAAN (MTP)
Berikut merupakan penerangan secara ringkas mengenai jenis
tautan serta subjenis tautan yang terdapat dalam Model Tautan Pindaan (MTP)
oleh Sanad Md. Nasir.
Jenis
Tautan Utama
|
Subjenis
Tautan
|
A. Tautan Perulangan
|
i.
Tautan
Perulangan Rujukan
ii.
Tautan
Perulangan Penggantian
iii.
Tautan
Perulangan Elipsis
iv.
Tautan
Perulangan Leksikal
v.
Tautan
Perulangan Parafrasa
vi.
Tautan
Perulangan Paralelisme
vii.
Tautan
Perulangan Struktur dan Makna Sama
|
B. Tautan Kolokasi
|
i.
Tautan
Kolokasi Antoniman
ii.
Tautan
Kolokasi Kohiponiman
iii.
Tautan
Kolokasi Hasil
iv.
Tautan
Kolokasi Sifat
|
C. Tautan Penghubung Ayat
|
i.
Tautan
Penghubung Ayat Tambahan
ii.
Tautan
Penghubung Ayat Tentangan
iii.
Tautan
Penghubung Ayat Sebab-Musabab
iv.
Tautan
Penghubung Ayat Waktu
v.
Tautan
Penghubung Ayat Terusan
|
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif berikut:
i.
Mengenal
pasti konsep tautan dalam temu bual.
ii.
Menganalisis
ciri-ciri tautan dalam temu bual.
PERSOALAN
KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut:
i.
Apakah
konsep tautan dalam temu bual tersebut?
ii.
Apakah
ciri-ciri tautan yang digunakan dalam temu bual tersebut?
BATASAN
KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti aspek tautan
yang terdapat dalam temu bual bersama Prof. Dr Muhaya yang bertemakan ‘Erti
Kehidupan’. Secara khususnya kajian ini adalah bagi mngenal pasti penggunaan
tiga jenis tautan utama berdasarkan model yang diperkenalkan oleh Sanad Md.
Nasir iaitu Model Tautan Pindaan (MTP), iaitu tautan perulangan, tautan
kolokasi dan tautan penghubung ayat yang mungkin terdapat dalam temu bual
tersebut. Kajian ini juga dilaksanakan bagi mengenal pasti subjenis tautan MTP
daripada tiga jenis tautan utama serta menganalisis tautan jenis manakah yang
lebih dominan yang terdapat dalam temu bual yang dikaji. Selain itu, kajian ini
dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
iaitu selama lebih kurang sembilan minggu.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi
merupakan kaedah atau tatacara melaksanakan kajian atau kaedah untuk
mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan. Bagi
menjalankan kajian ringkas berkaitan wacana bahasa Melayu berdasarkan aspek
tautan, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah kepustakaan. Melalui kaedah
ini, pengkaji telah memanfaatkan bahan-bahan rujukan yang diperoleh dari
perpustakaan dan buku-buku rujukan yang dimiliki oleh pengkaji.
Antara bahan-bahan rujukan yang
digunakan ialah bahan-bahan bercetak seperti buku-buku ilmiah dan kajian-kajian
lepas berkaitan wacana bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengkaji memerhati
dan memberi tumpuan pada bahan rujukan yang diperoleh seterusnya menganalisis
maklumat yang diperoleh dan menghuraikan maklumat tersebut kepada
bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Melalui kaedah kepustakaan ini,
pengkaji menjalankan kajian berlandaskan teori Model Tautan Pindaan oleh Sanat
Md. Nasir. Model Tautan Pindaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama
iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Bagi
memudahkan kajian ini dijalankan pengkaji menggunakan label MTP bagi
menjelaskan Model Tuatan Pindaan, TP untuk tautan perulangan, TK untuk tautan
kolokasi dan TPA untuk menjelaskan tautan penghubung ayat.
DAPATAN KAJIAN
ANALISIS TAUTAN
DARI ASPEK KUALITATIF
Tautan Perulangan (TP)
Tautan
perulangan merangkumi bentuk, makna dan fungsi. Tautan perulangan ini
dibahagikan lagi kepada tujuh jenis, iaitu:
(i)
Tautan Perulangan
Rujukan (TP1)
Tautan
perulangan rujukan iailah unsur yang berhubungan dikaitkan kerana adanya makna
rujukan itu walaupun bentuk unsur itu tidak sama. Tautan perulangan rujukan
boleh dipecahkan lagi kepada tiga jenis tautan kecil iaitu rujukan keperibadian
atau ganti nama diri, rujukan tunjuk dan rujukan bandingan. Contohnya:
A.41
|
Erti sebenar kehidupan kita mencari keredhaan Allah, setiap
nafas kita setiap pergerakan kita, kita jumpa orang, senyum minum,
bekerja, mandi, makan, semua kerana Allah.
|
A.42
|
Saya
menyeru kepada semua rakyat Malaysia
dan pendengar IKIM kalau boleh pendengar IKIM cuba war-warkan kepada
semua orang.
|
Perkataan
saya dan semua rakyat Malaysia dan pendengar IKIM dalam ayat A.2 mempunyai
hubungan semantik dengan A.1. Kaitan di antara perkataan-perkataan tersebut
ialah dalam bentuk tautan perulangan rujukan keperibadian atau kata ganti diri.
A.102
|
Macam kita main bola, kita tahu gol kat mana.
|
A.103
|
Kita tahu
nak tendang kat mana.
|
Tautan perulangan
rujukan merujuk kepada kata atau frasa dalam ayat sebelumnya atau ayat yang sama. Perkataan tahu nak tendang kat mana dalam A.103 merujuk kepada perkataan bola dalam A.102. Dengan adanya rujukan
ini, ayat-ayat dalam sesuatu perenggan akan bertaut sesama sendiri.
(ii)
Tautan Perulangan
Penggantian (TP2)
Tautan
perulangan ini bercirikan tatabahasa. Unsur tersebut hanya sebagai pancang
kepada yang digantikan yang mempunyai persamaan makna. Perulangan dalam konteks
penggantian ialah perulangan makna. Perulangan ini juga boleh dibahagikan
kepada tiga jenis kecil iaitu, penggantian namaan, karyaan dan klausaan.
Contohnya:
A.117
|
...
dia pun fikir, okay macam mana...
|
A.118
|
So, dengan sendiri otaknya...
|
Berdasarkan
contoh di atas, perkataan –nya dalam
A.118 merupakan perulangan penggantian unsur linguistik yang terdapat dalam
A.117,iaitu merujuk kepada dia.
(iii)
Tautan Perulangan
Elipsis (TP3)
Tautan
perulangan ini sama seperti perulangan penggantian. Tautan perulangan elipsis
juga dikenali sebagai penggantian kosong. Unsur yang digugurkan dapat
diinterpretasikan berdasarkan unsur yang mendahuluinya. Contohnya:
A.48
|
Saudara, pertemuan kita menerusi
“Islam itu indah”, masih lagi bersama Prof. Dr Muhaya juga untuk kesempatan
ini jika ada anda yang ingin
berkongsi atau ∅ mempunyai
sedikit kemusykilan mungkin kita dapat kongsikan kepakaran oleh Prof. Muhaya
sendiri selaku pakar mata menerusi talian
kita.
|
A.48
merupakan ayat yang mengandungi konsep tautan dari segi perulangan elipsis.
Tanda ∅ menunjukkan
pengguguran kata ganti nama pada awal ayat, iaitu pengguguran kata ganti nama anda.
A.85
|
Saya masa kecil, ayah
saya akan sentiasa… kalau saya sebut “Pak,
nak naik kapal terbang.”
|
A.86
|
“Belajar.”
|
Dalam
A.86 berlakunya pengguguran klausa. Sekiranya
klausa sebenar tidak digugurkan, ayat sebenar adalah seperti berikut,
“Jika nak naik kapal terbang, kamu perlu belajar.” Kesemua klausa daripada ayat
tersebut digugurkan dan yang tinggal hanyalah perkataan belajar. Pengguguran ini boleh dilakukan selagi tidak
mengubah makna asal ayat dan mampu difahami oleh pembaca.
(iv)
Tautan Perulangan
Leksikal (TP4)
Tautan
perulangan leksikal merupakan bentuk yang diulang mungkin sama atau mempunyai
akar kata yang sama, yang bersinonim, atau kata umum yang mempunyai makna yang
sama, yang bersinonim dan kata umum. Dalam kajian ini, ketiga-tiga jenis
tersebut digabungkan dibawah jenis utama untuk dianalisis. Contohnya:
A.43
|
Alhamdulillah
setakat ni dah banyak orang mula mendengar...
|
A.44
|
Saya
yakin, tiap-tiap hari saya bertanyakan respon daripada pendengar...
|
Dalam
contoh di atas, A.43 leksikal mendengar mempunyai
pertautan dengan leksikal pendengar
dalam A.44. Tautan ini melibatkan perulangan pada akar katanya, iaitu dengar.
A.62
|
Jadi saya nak
ubah minda orang.
|
A.63
|
Saya suka ubah minda, ubah paradigma di mana pemikiran kita jangan sebut.
|
Ikatan perkataan nak ubah minda dalam A.62 sebenarnya
bersinonim ataupun serasi dengan A.63 iaitu suka ubah minda.
(v)
Tautan Perulangan
Parafrasa (TP5)
Tautan
perulangan parafrasa merujuk kepada perulangan makna yang sama, bukan bertaraf
leksikal tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat. Perkara
yang berbeza ialah dari segi bentuk susunan yang bertaut itu. Contohnya:
A.42
|
...cuba
war-warkan kepada semua orang.
|
A.43
|
Alhamdulillah
setakat ni dah banyak orang...
|
Frasa
semua orang dalam contoh A.42 dan
frasa banyak orang dalam contoh A.43
dikira bertaut secara parafrasa. Hal ini demikian kerana, berdasarkan struktur
yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama.
(vi)
Tautan Perulangan
Paralelisme (TP6)
Tautan
perulangan paralelisme merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur
yang bertaut tetapi mempunyai makna yang berlainan. Contohnya:
A.3
|
...mengenali
atau memahami ertinya,
kadang-kadang kita tersasar pandangan
ataupun tersilap pandang ataupun kita tersilap penilaian.
|
Berdasarkan
contoh di atas, A.3 mempunyai tautan perulangan paralelisme apabila makna yang
diulang dalam tetapi menggunakan struktur linguistik yang sama tetapi makna
yang berbeza.
(vii)
Tautan Perulangan Struktur
dan Makna yang Sama (TP7)
Tautan
ini merujuk kepada unsur yang bertaut, menyatukan aspek tertentu paralelisme
dan parafrasa. Contohnya:
A.49
|
...
hello assalamualaikum! Hello assalamualaikum! Hello! Hello!
|
Tautan
perulangan struktur dan makna yang sama dapat dilihat dalam contoh A.49 yang
menunjukkan struktur dan ayat yang dulang adalah sama.
Tautan Kolokasi (TK)
(i)
Tautan Kolokasi
Antoniman (TK1)
Tautan
kolokasi antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan
makna berlawanan. Tautan ini dapat dilihat daripada unsur linguistik di
peringkat frasa, kata dan klausa. Contohnya:
A.18
|
Dan berlakulah proses
penyemaian benih antara ibu dan ayah ....
|
Berdasarkan
contoh di atas, A.18 tautan kolokasi antoniman dapat dilihat pada perkataan ibu dan ayah.
A.53
|
Bukan
ustazah ya, tak tahu hukum halal haram
tapi dari segi logiknya...
|
Tautan
kolokasi antonim dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. A.53 menunjukkan
contoh antonim bagi halal ialah haram.
(ii)
Tautan Kolokasi
Kohiponiman (TK2)
Tautan
jenis ini merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di
peringkat superordinat, dengan ordinatnya, atau antara hiponim atau termasuk
meronimi, iaitu hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh.
Unsur-unsur linguistik didapati wujud dari peringkat terendah sehinggalah ke
peringkat ayat. Contohnya:
A.32
|
Semuanya mempengaruhi kita tapi
kita tak nampak. otak masa kecil macam sponge 0 hingga 6 tahun dia punya gelombang otak dipanggil gelombang
alpha, tita, gamma dan beta.
|
Kolokasi
kohiponiman dapat dilihat dalam A.32 iaitu gelombang
otak yang termasuk dibawahnya iaitu gelombang
alpha, tita, gamma dan beta.
(iii)
Tautan Kolokasi Hasil
(TK3)
Tautan
Kolokasi Hasil bermaksud keberadaan hubungan makna unsur tautan yang satu
menghasilkan yang lain, atau antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti
semantik. Tautan ini dapat dilihat tautannya mencakupi kata dengan kata, dan
frasa dengan frasa. Contohnya:
A.46
|
Baiklah, kita telah menyingkap
erti kehidupan dalam tempoh dan ruang
dan peluang yang diberi, sedikit
masa ini...
|
Tautan
kolokasi hasil dalam contoh A.46 dikenalpasti melalui tempoh dan ruang dan peluang yang mempunyai kesinambungan dari segi
hasil dengan sedikit masa.
A.61
|
Baiklah, kalau kita
boleh kawal stress, maka kita akan sihat.
|
Perkataan
kawal stress mempunyai hubungan
makna unsur dengan perkataan yang
seterusnya terhasil iaitu perkataan akan
sihat. Dalam ayat ini menunjukkan sekiranya kita dapat mengawal stress,
akan menghasilkan badan yang sihat.
(iv)
Tautan Kolokasi Sifat
(TK4)
Tautan
kolokasi sifat merujuk kepada keberadaan hubungan makna antara unsur tautan
yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat, atau unsur sifat daripada entiti
punca sifat. Tautan jenis ini dapat direalisasikan di peingkat kata dan frasa.
Contohnya:
A.56
|
Tetapi dari segi ibu tu kalau bekerja seperti yang ditetapkan dia akan diperlihara Allah, Inshaallah.
|
Contoh
A.56 menunjukkan ibu itu kalau bekerja seperti yang ditetapkan dia akan
diperlihara Allah. Terdapat tautan kolokasi sifat disitu.
Tautan
Penghubung Ayat (TPA)
(i)
Tautan Penghubung Ayat
Tambahan (TPA1)
Tautan
jenis ini merujuk kepada penghubung ayat yang menandai ciri makna “menambah”
unsur sebelum dengan unsur selepas penghubung itu. Penghubung ayat bukan
tautan. Sebaliknya penghubung yang terlibat sekadar menghubungkan unit teks
yang sebelumnya dengan unit teks yang mengikutinya. Contohnya:
A.45
|
Terima
kasih Prof.
|
A.46
|
Baiklah, kita telah
menyingkap erti kehidupan dalam tempoh...
|
Berdasarkan
contoh, tautan penghubung ayat dapat dilihat dalam A.46 dalam kata hubung yang
menghubungkan A.45 dengan A.46. Kata hubung tersebut digunakan sebagai
penegasan bagi menghubungkan dua ayat tersebut.
(ii)
Tautan Penghubung Ayat
Bertentangan (TPA2)
Tautan
jenis ini merujuk kepada hubungan unsur sebelum dan selepas dengan makna yang
yang bertentangan. Tautan jenis ini boleh mempunyai makna tentangan yang umu
iaitu bertentangan dengan yang dijangkakan. Contohnya:
A.
55
|
Dia
menanggung dosa.
|
A.56
|
Tetapi
dari segi ibu tu kalau bekerja seperti yang ditetapkan dia akan diperlihara
Allah, Inshaallah.
|
Berdasarkan
contoh tersebut, A.56 mempunyai penghubung ayat bertentangan iaitu tetapi yang mempunyai tautan dengan
A.55. Dalam erti kata lain, ia menghubungkan dua ayat tersebut.
A.68
|
Walaupun
kita kata tak nak, dia akan datang.
|
Walaupun
dalam A.68 merupakan tautan penghubung ayat yang menunjukkan pertentangan
perkataan ‘tak nak’ dengan perkataan ‘akan datang’.
(iii)
Tautan Penghubung Ayat
Sebab-Musabab (TPA3)
Tautan
jenis ini menjelaskan hubungan unsur sebelum dengan selepas dengan makna
alasan, akibat, tujuan, atau syarat yang ditunjukkan melalui penghubung ayat.
Contohnya:
A.61
|
Baiklah,
kalau kita boleh kawal stress, maka kita akan sihat.
|
A.62
|
Jadi
saya nak ubah minda orang.
|
Contoh A.62 merupakan
penghubung ayat sebab-musabab. Penanda kata
penghubung
ayat sebab akibat ialah jadi yang
menjadi penghubung antara A.61
dan
A.62
A.68
|
Walaupun
kita kata tak nak, dia akan datang.
|
A.69
|
Sebab
tu tak guna kita tunjuk gambar rokok.
|
Contoh
A.69 merupakan penghubung ayat sebab-musabab. Penanda kata
penghubung
ayat sebab akibat ialah sebab yang menjadi penghubung antara
A.68
dan A.69.
(iv)
Tautan Penghubung ayat
Waktu (TPA4)
Tautan
jenis ini merujuk kepada hubungan makna antara unsur yang sebelum dengan yang
selepas seperti penghubung ayat yang menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan
dan lampauan. Contohnya:
A.65
|
Lepas ni cakap, saya
seorang yang hidup secara sihat.
|
Dalam A.65, perkataan lepas ni menunjukkan waktu selepas tebu
bual tersebut berakhir.
A.107
|
Kemudian
kita berdoa pada Allah, “Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah ilmu, janganlah
aku lupa melainkan syaitan.”
|
Dalam
A.107, perkataan kemudian menunjukkan
waktu setelah temu bual tersebut
berakhir.
(v)
Tautan Penghubung Ayat
Terusan (TPA5)
Tautan
penghubung ayat terusan agak rencam iaitu memuatkan penghubung ayat yang tidak
termasuk dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat di atas. Tautan jenis ini
mempunyai makna terusan yang bermaksud memulakan isi baharu dalam hujahan.
Contohnya:
A.73
|
Jadi
kita nak gambaran yang sihat saja.
|
Perkataan
jadi dalam A.73 menunjukkan tautan
penghubung ayat terusan iaitu merujuk kepada sesuatu yang membawa maksud
penerusan. Ayat selepas perkataan ‘jadi’ selalunya berkesinambungan dengan ayat
sebelumnya.
A.81
|
Okey, yang pertama, satu conditioning
ye.
|
Perkataan
yang pertama dalam A.81 menunjukkan
tautan penghubung ayat terusan iaitu merujuk kepada sesuatu yang membawa maksud
penerusan. Selalunya perkataan seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
,menunjukkan langkah-langkah.
ANALISIS TAUTAN DARI ASPEK KUANTITATIF
Analisis
kuantitatif ini berdasarkan bilangan ayat yang mengandungi unsur tautan
mengikut kategori masing-masing.
Jadual 1: Jumlah
tautan perulangan, kolokasi dan penghubung ayat berdasarkan transkripsi temu bual.
Tautan
|
Nombor Ayat
|
Jumlah
|
Perulangan
|
||
Perulangan Rujukan (TP1)
|
(A.1), (A.41, A.42), (A.102,A.103),
(A.113,A.114), (A126,A.128)
|
5
|
Perulangan Penggantian (TP2)
|
(A.3), (A.117,A.118)
|
2
|
Perulangan Elipsis (TP3)
|
(A.3,A.4), (A.48), (A.85,A.86)
|
3
|
Perulangan Leksikal (TP4)
|
(A.1), (A.16), (A.22), (A.27), (A.30),
(A.34), (A.36),(A.37), (A.43,A.44), (A.62,A.63), (A.69,A.70), (A.84,A.85)
|
12
|
Perulangan Parafrasa (TP5)
|
(A.42,A.43),
|
2
|
Perulangan Paralelisme (TP6)
|
(A.3)
|
1
|
Perulangan Struktur dan Makna Sama
(TP7)
|
(A.49)
|
1
|
Jumlah
26
|
||
Kolokasi
|
||
Kolokasi
Antoniman (TK1)
|
(A.18), (A.53), (A.112), (A.120)
|
4
|
Kolokasi
Kohiponiman (TK2)
|
(A.26), (A.32)
|
2
|
Kolokasi Hasil
(TK3)
|
(A.18), (A.46), (A.53), (A.61),
(A.90), (A.141,A.142)
|
6
|
Kolokasi Sifat
(TK4)
|
(A.56)
|
1
|
Jumlah
13
|
||
Penghubung
Ayat
|
||
Penghubung Ayat
Tambahan (TPA1)
|
(A.45,A.46)
|
2
|
Penghubung
Ayat Pertentangan (TPA2)
|
(A.33), (A.36),(A.56), (A.68), (A.128)
|
5
|
Penghubung
Ayat Sebab – Musabab (TPA3)
|
(A.61,A.62), (A.68,A.69),
(A.118,A.119), (A.133,A.134)
|
4
|
Penghubung
Ayat Waktu (TPA4)
|
(A.65), (A.107)
|
2
|
Penghubung
Ayat Terusan (TPA5)
|
(A.73), (A.81), (A.92), (A.97),
(A.106)
|
5
|
Jumlah 18
| ||
KESIMPULAN
Tuntasnya,
kajian ini secara jelas telah membincangkan perkara berkaitan konsep tautan
yang digunakan dalam temu bual radio bersama Prof. Dr. Muhaya dengan tajuk
“Erti Kehidupan”. Sebelum membicarakan dengan lebih jelas konsep tautan melalui
Model Tautan Pindaan oleh Sanat Md. Nasir yang pengkaji gunakan untuk
melaksanakan kajian ini, terlebih dahulu pengkaji menerangkan serba sedikit
berkaitan asal usul wacana dan definisi wacana. Selepas menjelaskan konsep
wacana kemudian baru dibincangkan konsep tautan secara mendalam dan kajian
dalam temu bual radio bersama Prof. Dr. Muhaya.
Berdasarkan
penelitian dalam kajian, secara keseluruhannya, tautan perulangan (TP)
menunjukkan jumlah penggunaan yang paling tinggi iaitu sebanyak 26 ayat
berbanding tautan kolokasi (TK) dan tautan penghubung ayat (TPA). Tautan
kolokasi (TK) pula menunjukkan penggunaan yang paling sedikit iaitu hanya 13
ayat sahaja.
BIBLIOGRAFI
Mohd Rashid Md Idris (2007). Monograf Bahasa Melayu : Jilid 2. Kuala
Lumpur :
ACH Communications Sdn. Bhd.
ACH Communications Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md Idris et.al (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim, Perak
:
Emeritus Publications.
Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md Idris et.al (2012). Analisis Wacana : Berdasarkan Teks
Komsas Terpilih. Tanjong Malim, Perak : Emeritus Publications.
Komsas Terpilih. Tanjong Malim, Perak : Emeritus Publications.
Mohd
Rashid Md Idris (2004). Analisis Wacana
Cerpen Dari Perspektif Struktur dan
Maklumat dan Struktur Tema.
Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia Gombak Selangor.
Malaysia Gombak Selangor.
Nik Hassan Basri (2005). Stilistik Komsas. Kuala Lumpur : Card
Information Sdn. Bhd.
Sanat Md. Nasir & Rogayah
A.Razak (1998). Pengajian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Akademi
Pengajian Melayu Universiti Malaya.
LAMPIRAN 1
Teks analisis temu bual bersama Prof Muhaya – “Erti
Kehidupan”.
Penemu
Bual:
A.1 Bakal
bersama kita sepanjang hari ini berkisar tentang kehidupan juga secara tak
langsung perkongsian kepakaran beliau dalam bidang optometri ataupun pakar mata
kita bersama dengan pendengar kita sebentar sahaja lagi siapa lagi yang tak
kenal dengan yang berbahagia Dr Professor Muhaya Muhammad, di mana kita bakal
bicarakan hari ini.
A.2 Perkongsian
ini agak unik sedikit sebab secara tak langsung perkongsian bersama dengan prof
jugak bercerita tentang erti kehidupan.
A.3 Orang
kata kalau erti kehidupan, semua orang tahu tentang bagaimana kita menjalani
kehidupan masing-masing mengenali atau memahami ertinya, kadang-kadang kita
tersasar pandangan ataupun tersilap pandang ataupun kita tersilap penilaian.
A.4 Betul,
tepat sekali.
A.5 Untuk pertemuan bersama dengan prof
hari ini, untuk kata-kata aluan pendengar kita, bersama dengan pendengar kita
di Ikim Fm. Silakan prof.
Prof. Dr
Muhaya
A.6 Terima
kasih Fairuz.
A.7 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua para pendengar yang
beriman dan juga insyallah kalau orang yang mendengar Ikim selalunya ada roh
islam untuk memperbaiki diri ingin istiqamah dalam segala perbuatan.
A.8 Jadi yang saya terfikir tentang
kehidupan pasal kadang-kadang kita perhatikan, kita bangun pagi kita buat
perkara yang rutin, kalau bangun pagi apa yang rasa kita Allah nak pergi kerja
pulak, jadi kita mengeluh ke atau kita bersyukur.
A.9 Dan
kita buat sesuatu untuk cita-cita ke untuk makna.
A.10 Jadi
kita nak setiap perbuatan ada makna atau ada erti.
A.11 Dan kita tahu sebagai umat Islam, yang
pernah kita sebut sebelum ini ada 3 sebab kita dilahirkan iaitu yang pertama
menjadi hamba Allah, yang kedua
menjadi khalifah dan yang ketiga mengimarahkan dunia ini mengikut hukum Allah.
A.12 Menjadi hamba ini, kita tidak menyoal sesiapa, tak menyoal Allah macam
Allah suruh kita buat kita taat tanpa soal macam kita solat kenapa tiga waktu, tiga rakaat Maghrib dan sebagainya.
A.13 Bila menjadi khalifah ini kita menjadi
pemimpin kena perbetul dulu kita perbetulkan akidah kita perbetul amalan segala
rukun Islam dan rukun Iman dan mengimarahkan.
A.14 Ha,
ini yang penting.
A.15 Masa kita kecil, kita bila baru kita
lahir apabila keluar daripada perut ibu kita tak tahu apa-apa.
A.16 Bila bayi lahir kita diazan kita
iqamat, bayi yang sembilan bulan itu tiada bayi yang jahat, semua bayi
baik-baik.
A.17 Masa kita dalam perut ibu dalam
sembilan bulan, tak pernah persoal Tuhan berilah mata saya bulu mata panjang
ke, hidung mancung ke, kita duduk diam sahaja.
A.18 Dan berlakulah proses persemaian benih
antara ibu dan ayah jadi bayi berapa bulan sekian bulan dari segi saintifiknya
dari segi biologinya yang mana terbentuk dulu mata, jantung dan semua berlaku,
Subahanallah dan tak dapat dinilai.
A.19 Dan kita masa itu kita hanya
bergantung kepada Allah dari segi rohnya dari segi fizikalnya bergantung kepada
tali pusat dalam rahim ibu.
A.20 Dan apa yang berlaku pada emosi ibu,
ibadah ibu, percakapan ibu dan persekitaran ibu mempengaruhi bayi itu.
A.21 Sebab itu kalau orang nak cari
anak-anak yang soleh itu start daripada isteri itu dah, pilih suami tu dah.
A.22 Dalam sembilan bulan itu tak bayar
satu sen semua Tuhan bagi lengkap bila keluar macam mana magical tu daripada
dalam air tiba-tiba keluar menangis terus paru-paru berkembang pandai pulak
paru-paru kita berkembang lepas itu pendarahan tali pusat dipotong dan
berlakulah persekitaran darah yang teratur dengan baik jantung dah normal dan
bila bayi keluar dengan darah yang dibersihkan,
muka bayi berubah makin cantik makin mulus pandai pulak menyusu.
A.23 Semua
wahyu Allah, subahanallah.
A.24 Jadi
perhatikan, semua ini ating daripada kita tak tahu apa-apa.
A.25 Bila
kita mati pun tak bawak apa-apa.
A.26 Bila kita lahir hingga ke mati,
perjalanan tu terdiri daripada alam roh, alam rahim, alam fana yang kita berada
sekarang lepas itu alam barzakh lepas itu alam kiamat yang kekal abadi.
A.27 Jadi antara lahir hingga mati itu pendek sangat. Jadi kalaulah masa kita lahir,
tak pernah soal kita tak pernah ego tak minta itu, tak minta ini, nak lawan
Tuhan, kita ikut sahaja.
A.28 Tapi bila keluar masa kecil kita ok
lagi tapi bila masuk mumayyiz bila baligh je masa itulah masuk akhlak, ibadah,
iman, contoh yang baik dan sebagainya.
A.29 Jadi masa kita umur 7 tahun akal mula
membentuk dan masa itu umur 0 hingga 6 tahun otak kita macam sponge serap apa
kita dengar.
A.30 Sebab itu kita perhatikan bila anak
baru lahir tengok terus ada kat depan tv dengar lagu macam-macam, dengar pula
berita ganas-ganas, tengok drama hantu-hantu, bayi masih kecil ni kita duduk
kat depan tengok macam-macam sambil menyusu anak dan tak jaga pemakanan dan
sebagainya.
A.31 Bila
anak itu dengar pula adik beradik perangai macam mana.
A.32 Semuanya mempengaruhi kita tapi kita
tak nampak. otak masa kecil macam sponge 0 hingga 6 tahun dia punya gelombang
otak dipanggil gelombang alpha,
tita, gema dan beta.
A.33 tapi
bayi masa kecil otak yang paling serap ialah gelombang alpha dan tita.
A.34 Gelombang yang terima apa yang masuk
gelombang beta. bila bayi masa kecil, semasa mak itu menyusu kalau ibu itu baca
Al-fatihah, baca Al-Quran serta sebut yang baik-baik masuk zup akhlak dan
akidah masuk sebut Allah Allah dan sebagainya.
A.35 Dan bila umur 7 hingga 14 tahun, kita
membina akhlak pulak, masuk sekolah hantar kawan mana dia pembantu rumah macam
mana, muzik apa buku apa tv apa rancangan itu kita bawak anak kita ke konsert
itu ke mana semua apa itu semuanya
mempengaruhi.
A.36 Lepas 14 tahun anak kita nak mula
lawan kita, sebab apa kalau kita tak didik dari 0 sampai 14 tahun anak kita
masa itu kita nak marah remaja sikit sikit remaja, remaja marah remaja tapi
yang buat remaja itu siapa, ibu-ibu yang melahirkan.
A.37 Kita bagi anak kita tv apa yang kita
pasang muzik apa yang kita pasang percakapan apa yang kita pasang, apa yang
kita cakap makanan apa yang kita beri halal tak halal dari segi kita makan.
A.38 Adakah
kita kalau kita bekerja, tak sepenuhnya dapat gaji itu tak bersih.
A.39 Adakah kita berniaga, kalau kita curi
timbang, kita pun bubuh makanan yang diberi penuh perasa ambik untung banyak .
A.40 Macam-macam
lah kalau tak salah benda ini kan.
A.41 Erti sebenar kehidupan kita mencari keredhaan Allah, setiap
nafas kita setiap pergerakan kita, kita jumpa orang, senyum minum, bekerja,
mandi, makan, semua kerana Allah.
A.42 Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia dan pendengar IKIM
kalau boleh pendengar IKIM cuba
war-warkan kepada semua orang.
A.43 Alhamdulillah setakat ni dah banyak orang mula mendengar
IKIM, jadi saya rasa IKIM ni satu radio
yang inshaallah menujukan orang ke syurga.
A.44 Saya yakin, tiap-tiap hari saya bertanyakan respon daripada
pendengar dan tiap hari menjadi erti
buat mereka.
Penemu
bual
A.45 Terima kasih Prof.
A.46 Baiklah, kita telah menyingkap erti kehidupan dalam tempoh
dan ruang dan peluang yang diberi, sedikit masa ini Inshaallah kita akan
bersama menerusi “Islam itu indah” bersama interaksi dengar pendengar, 0362046204
juga menerusi talian kita.
A.47 Maka kita raikan dengan kesempatan yang diberi oleh Allah
S.w.t ini, kita akan berhenti rehat seketika, jangan kemana-mana.
(iklan lagu).....
A.48 Saudara, pertemuan kita menerusi “Islam itu indah”, masih
lagi bersama Prof. Dr Muhaya juga untuk kesempatan ini jika ada anda yang ingin
berkongsi atau sedikit kemusykilan mungkin kita dapat kongsikan kepakaran oleh
Prof. Muhaya sendiri selaku pakar mata menerusi talian kita.
A.49 Inshaallah kita bakal raikan pemanggil kita yang pertama,
okay “Assalamualaikum! , hello Assalamualaikum! , hello assalamualaikum! Hello!
Hello! Hello assalamualaikum siapa di talian? (talian terputus)
A.50 Baiklah, mungkin ada kesulitan yang kita hadapi menerusi
talian kita, tapi apa pun saya kira mungkin dapat kita ikuti SMS pertama yang
kita terima daripada encik Taufik dari Kota Kinabalu.
A.51 “Saya ada emak yang bekerja pembantu rumah tetapi tuan
rumahnya tidak solat lima waktu dan juga tidak menutup aurat sedangkan orang
tua dikatakan sebagai haji dan sebagainya, jadi apakah duit gaji ibunya selaku
pembantu rumah kepada majikannya tersebut halal atau bagaimana?”
A.52 Mungkin prof boleh kongsikan?
Prof.
Dr Muhaya
A.53 Bukan ustazah ya, tak tahu hukum halal haram tapi dari segi
logiknya ibu tu pasal dia dah bekerja kalau tahu kerja yang halal, tak kiralah
orang tu tak solat, orang tu tak tutup aurat, bukan bererti duit dia haram.
A.54 Semua tu antara hubungan dia dengan
Allah.
A.55 Dia menanggung dosa.
A.56 Tetapi dari segi ibu tu kalau bekerja seperti yang
ditetapkan dia akan diperlihara Allah, Inshaallah.
Penemu
bual
A.57 Baiklah, Inshaallah.
A.58 Kita teruskan bersama pemanggil kita, kiranya talian kita
dapat tembusi, ya siapa di talian?
A.59 Assalamualaikum! Hmm mungkin ada kesulitan ataupun sedikit
masalah yang berlaku dalam talian kita.
A.60 Kita terima satu ‘SMS’ tentang bagaimana ingin mengubah
minda kita untuk menjadi lebih baik? Boleh prof
terangkan?
Prof
Muhaya
A.61 Baiklah, kalau kita boleh kawal
stress, maka kita akan sihat.
A.62 Jadi saya nak ubah minda orang.
A.63 Saya suka ubah minda, ubah aradigm di
mana pemikiran kita jangan sebut.
A.64 Jangan cakap nak berhenti merokok,
bukan.
A.65 Lepas ni cakap, saya seorang yang
hidup secara sihat.
A.66 Bukan saya nak berhenti merokok.
A.67 Minda segar kita akan… merokok!
Merokok! Merokok!
A.68 Walaupun kita kata tak nak, dia akan ating.
A.69 Sebab tu tak guna kita tunjuk gambar
rokok.
A.70 Tak guna.
A.71 Kita nak kesihatan. Kesihatan!
A.72 Pasal gambaran otak segar kita ampak
pada gambar.
A.73 Jadi kita nak gambaran yang sihat
saja.
A.74 Tunjukkan keluarga yang sihat, badan
yang sihat dan sebagainya.
Penemu
bual
A.75 Terima kasih prof.
A.76 Satu lagi daripada Hanisah Harun.
A.77 ‘SMS’ yang diterima menyampaikan salam kepada Dr.,
bagaimana mahu meningkatkan semangat belajar dan untuk belajar niatkan ibadah
kerana Allah.
A.78 Mungkin berdasarkan apa yang… a… dikongsi oleh prof sebelum ni.
A.79 Sudah tentunya prof sendiri mempunyai semangat juang yang
tinggi dalam pelajaran sampailah ke hari ini.
A.80 Mungkin dapat dikongsikan. Silakan.
Prof
Muhaya
A.81 Okey, yang pertama, satu conditioning
ye.
A.82 Macam mana seseorang tu suka belajar.
A.83 Daripada anak kita kecil, macam mana
nak suruh anak kita belajar.
A.84 Saya kongsikan pengalaman saya masa
kecil.
A.85 Saya masa kecil, ayah saya akan sentiasa… kalau saya sebut
“Pak, nak naik kapal terbang.”
A.86 “Belajar.”
A.87 “Nak beli ni.”
A.88 “Belajar.”
A.89 So, apa saya nak, “belajar”.
A.90 So, daripada kecil, saya kata, “Oo… untuk dapat apa yang
saya mahu dan untuk senang, saya kena belajar.”
A.91 Jadi, itu dah masuk dalam minda segar
saya.
A.92 Jadi, belajar tu satu benda yang
normal.
A.93 Kalau tak belajar saya akan risau.
A.94 Ok, cara saya mencuri masa ialah saya beli audio book yang
saya pasang di I phone saya dan I phone ni saya pasang buku-buku motivasi saya
dengar dan bercakap.
A.95 Audio book.
A.96 Jadi, saya kat rumah, kemas, senaman, saya buat apa, saya
masak, saya nak buat apa la, saya pasang audio book.
A.97 Yang kedua, aa… tentukan setiap hari kita cari topik-topik
yang membina minda kita.
A.98 Sekarang kita kena ada focus gool, okey.
A.99 First, kita tulis apakah kita punya
skrip kehidupan.
A.100 Skrip kehidupan kita, “Okey, saya nak jadi… dapat degree apa,
belajar apa, kerja di mana, rumah apa, anak…” semua tulis.
A.101 Baca skrip tu tiap-tiap hari dan bila
kita rasa kita malas belajar, baca skrip tu.
A.102 Macam kita main bola, kita tahu gol kat
mana.
A.103 Kita tahu nak tendang kat mana.
A.104 Kalau kita main bola, tak ada gol, so, orang pun main… macam
tulah kehidupan yang tak ada erti.
A.105 Ye… gol kita husnul khatimah.
A.106 Yang terakhir, dalam mendapat husnul khatimah, kita mencari
pelajaran dan bila nak membaca, baca doa.
A.107 Kemudian kita berdoa pada Allah, “Ya Allah ya Tuhanku,
kurniakanlah ilmu, janganlah aku lupa melainkan syaitan.”
A.108 Setiap hari mesti baca. Wallahhua’lam.
Penemu
bual :
A.109
Satu lagi sms diterima daripada Puan Rohani Saad ye, Assalamualaikum Dr,
jelaskan bagaimana untuk menjadikan diri kita sentiasa redha dengan ketentuan
Allah, kerana perkataan redha senang untuk kita ungkapkan tetapi amat sukar
untuk diaplikasikan dalam diri.
A.110 Silakan
Dr.
Prof
Muhaya :
A.111 Betul, sebenarnya, first keyakinan kita
pada Allah ni tinggi, kita mesti kata begini, tidak ada apa satu pon yang
Allah buat sia-sia.
A.112 So kadang-kadang, bila benda negatif
berlaku, kita kata apakah kebaikan yang
saya dapat daripada ni?
A.113 Saya pernah sebut minggu lepas di mana
ada orang tu, baru beli kereta baru, orang
langgar kereta tu.
A.114 So, orang langgar kereta dia macam mana?
A.115 Dia
nak marah kan, so, apa dia buat?
A.116 Dia bagi magical thinking, main
thinking, so dia pergi kat orang tu, eeerr pergi kedai tengok berapa nak repair ni, harga berapa?
A.117 Oooo harganya lima ratus, dia pon fikir,
okay macam mana saya nak buat duit tiga
kali ganda daripada kerosakan ini?
A.118 So, dengan sendiri otaknya kreatif nak
dapat duit seribu lima ratus ringgit dalam masa seminggu.
A.119 Jadi dia pon lepas dia fokus nak dapat
duit dengan cepat dalam masa seminggu, dia pon jadi rajinlah, nak
buat kuih ke nak buat apa.
A.120 Jadi dia gunakan benda negatif jadi
positif, haaa itu orang yang bijak.
A.121 Redha ni, kalau kita ingat akhirat redha
akan timbul.
A.122 Kalau kita tengok macam ni, kita ada
masalah kan?
A.123 Kita stress, kita geram, kita fikir
eeemmm seminggu dari sekarang kalau saya tengok, mesti saya ketawa reaksi
saya sekarang.
A.124 Haaaa, macam tu so, redha dan kita tahu.
A.125 Semalam ada orang datang.
A.126 Wanita ni datang dan mata dia buta
sebelah tetapi sangat redha wanita ni.
A.127 Haa saya nak sebut ni macam mana kalau
kita ni baik Allah mudahkan.
A.128 Pesakit ni jumpa saya mata dia satu dah
buta, satu lagi dah lama tak bagus sangat tapi tiba-tiba jadi teruk, jadi bila saya cek, mata yang tu tak
dapat diselamatkan.
A.129 Jadi saya nak bagitahu di sini, apa
yang doktor mata lain buat sama dengan saya
buat.
A.130 So, bukan saya boleh beri magic eh,
sebab semua sama.
A.131 Mata satu lagi tu dia bengkak, dia
perlukan ubat yang rawatan injection ubat tu sahaja harga enam ribu.
A.132 Jadi saya kesian macam mana ni nak
tolong dia.
A.133 Kebetulan pada waktu yang sama ada
pesakit yang dibayar oleh insurans, ada satu
vail dia beli tapi sebenarnya satu vail merupakan untuk dua orang.
A.134 Jadi the chance of dia datang, pesakit
tu datang dan pesakit tu nak injection pada
hari tu, dah ada lebih untuk boleh pakai untuk dia.
A.135 Macam
mana Fairuz?
A.136 Haaa, maknanya rahmatNya, bila Allah
pilih, rupanya wanita ini sangat kuat beribadah.
A.137 Bila
saya bagitahu ni, menangis dia.
A.138 Dia
kata, bila saya tengok dia, Dr saya redha dengan mata saya.
A.139 Saya kata, ibu
sebenarnya Allah berfirman, “kalau Aku ambil penglihatan seorang sebelah mata, dia redha, aku sediakan
mahligai di Syurga.”
A. 140 Haaa, saya ingat
itulah prof, satu lagi ni saya dapat sikit nak mengaji sikit pon tak apa.
A.141 Jadi pasal dia niat mata tu dengan redha dengan
apa pon, Subhanallah.
A.142 Jadi setiap kali,
Allah ampunkan dosa dia.
A.143 Jadi Allah
permudahkan, jimat duit dia enam ribu ringgit.
A.144 Mungkin
dia pernah derma pada orang sebelum ni.
A.145 Sebab
tu saya kata, kita hidup ni jangan fikir masalah, fikir solusi.
A.146 Kalau
dapat apa-apa pon kalau kita banyak tolong orang, confirm Allah akan tolong
kita.
A.147 Kita
tolong orang bukan kerana orang, kerana Allah dan bukan orang tu yang akan balas, sebenarnya Allah
akan balas.
Penemu bual :
A.148 Terima
kasih, prof.
No comments:
Post a Comment