Pengenalan Wacana

Konsep Wacana
-Pendapat pertama mengatakan 'wacana' berasal daripada kosa kata Jawa iaitu 'wocono'
-'Wocono' pula daripada 'woco' yang bermaksud baca
-Pendapat kedua mengatakan wacana daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu 'discourse' yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu 'discursus' yang bermakna 'larian ke dan lari'
-Secara konsepnya, wacana melibatkan dua aspek iaitu proses dan produk.
-Proses wacana melibatkan kognitif, iaitu akal fikiran kita semasa menghasilkan sesuatu wacana.
-Wacana juga melibatkan jaringan ayat yang mempunyai batasan, iaitu awal dan akhir. Melalui batasan akan wujud jaringan ayat melalui susunan yang bermakna melibatkan ayat awal dan ayat yang mengikutinya.
-Secara kesimpulannya, wacana dapat disimpulkan sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan berada pada tingkat paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan lain-lain.

Konsep Wacana Mengikut Tokoh Barat
Trask mengatakan wacana dalam buku Sanat Md. Nasir (2002:35) menyatakan wacana adalah siri ujaran linguistik yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih.
-Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada ujaran bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Menurut Crystal definisi wacana yang lebih luas merujuk kepada perlakuan.
-Cook pula mendefinisikan wacana sebagai bahasa istilah umum yang bermaksud percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Oleh itu, wacana mempunyai topik dan sempadan. Dapat disimpulkan pendapat Cook bahawa wacana melebihi batasan ayat.

No comments:

Post a Comment