Saturday, 26 March 2016

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Kami ingin mengucapkan rasa syukur tak terhingga kepada Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah yang mengajar subjek analisis wacana iaitu Profesor Madya Dr Mohd Rashid bin Md Idris. Beliau telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kami tentang tugasan yang diberikan.

Di samping itu, kami tujukan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa yang tidak putus-putus  memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Ibu bapa merupakan pembakar semangat kepada kami dalam apa jua perkara.

Terima kasih tak terhingga kepada ahli kumpulan kerana bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dengan baik. Kerjasama yang dibuat melibatkan aspek perbincangan dan  pembahagian tugasan kumpulan memudahkan dalam membuat tugasan.

Akhir kata, ucapan terima kasih diberikan kepada mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam pembikinan tugasan.

Sekian, terima kasih.